Monday, May 6, 2013

Taubat

Wahai Tuhan jauh sudah
Lelah kaki melangkah
Aku hilang tanpa arah
Rindu hati sinarmu





Wahai Tuhan aku lemah
Hina berlumur noda
Hapuskanlah terangilah
Jiwa di hitam jalanku

Ampunkanlah aku
Terimalah taubatku
Sesungguhnya engkau
Sang Maha Pengampun Dosa

Ya Rabbi ijinkanlah
Aku kembali padaMu
Meski mungkin takkan sempurna
Aku sebagai hambaMu
























Ampunkanlah aku
Terimalah taubatku
Sesungguhnya engkau
Sang Maha Pengampun Dosa
Berikanlah aku kesempatan waktu
Aku ingin kembali
Kembali kepadaMu

Dan mungkin tak layak
Sujud padaMu
Dan sungguh tak layak aku


Taubat/Opick
------------
ShahidaHamzah
060513/2100/Kuala Terengganu


Wednesday, May 1, 2013

Kenyir Yang Hidup

Kenyir. Penuh misteri. Lagenda turun temurun. Mempunyai keluasan 260,000 hektar menjadikan Tasik Kenyir tasik buatan terbesar di Asia Tenggara. Namun hanya mereka yang pernah menjejaki Kenyir sahaja yang akan mengkagumi setiap inci keindahan dan ceritanya. Terbukti kerana saya adalah anak jati Terengganu. Dibesarkan di Terengganu. Tetapi Kenyir hanyalah semata nama di mata saya sehinggalah peluang sehari semalam di Kenyir mengubah persepsi tentang Kenyir.




26-27 April 2013. Bermulanya perjalanan saya dan rakan-rakan menjejaki Kenyir dengan 'houseboat' di Pengkalan Stesyen Janakuasa Sultan Mahmud, Jenagor Hulu Terengganu. Merentasi kehijuan air tasik yang tenang, tiada siapa yang menjangka di dasarnya dahulu adalah perkampungan-perkampungan dan gunung ganang yang telah ditengggelamkan untuk tujuan pembinaan Empangan Kenyir. Bila sebut pasal perkampungan pasti adanya sejarah kehidupan manusia di dalamnya. Pasti ada kuburan yang turut tenggelam. Tetapi itulah Kenyir, tenang, damai.misteri.

Bermacam cerita yang sampai ke telinga mengenai Kenyir. Antara yang kerap diceritakan adalah tentang misteri Sulur Bidar. Makhluk yang dikatakan menghuni dasar Kenyir(sila google utk mengetahui lebih lanjut tentang makluk ini). Selain cerita-cerita tentang naga dan puteri-puteri yang bermain-main di sekitar tasik.

Namun, sepanjang perjalanan dari Pengakalan Jenagor, bermalam di kaki air terjun Lasir, dan singgah di Santuari Kelah, saya tidak jumpa Sulur Bidar, atau naga jauh sekali puteri. Yang ada hanyalah kehidupan. Kehidupan di sebuah dunia yang belum terusik dengan segala macam kerakusan pembangunan. Merentasi Kenyir ibarat melatih diri patuh dengan peraturan. Kerana di dunia Kenyir, setiap perjalanan perlu dirancang awal dan rapi, tutur kata dan perbualan perlu diteliti. Ego? Buanglah jauh-jauh sebelum merentasi dunia Kenyir. Itu pesanan mereka yang bermaustautin di sini.









Jika berkesempatan, kunjungilah Kenyir. Nikmatilah keindahan yang terpapar di kanvas Kenyir tanpa niat hitam yang tersirat.  

 -------------------------------
 ShahidaHamzah
02052013
Kuala Terengganu